Padang Kota merupakan
satu kawasan di bandaraya George
Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung.
Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama danPadang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting
selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan
acara santai yang lain.
Padang Kota menghadap ke
arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang
menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feriPulau Pinang berselisih
membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di
Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort
Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah
mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis .
Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di
sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir
di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.
Padang kota menjadi
tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan
popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan
juga laksa. Kebanyakan pengunjung
Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin
bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan
ombak . Walaubagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat
dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh
menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi
benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk berkelah, tempat yang
sesuai ialah Pantai Moon Light di Batu
Feringghi,Tanjung Bungah dan sekitarnya.
Beberapa bangunan terdapat
di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang.
Untuk ke padang kota, ianya mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan
Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke
arah Pusat bandarraya Georgetown dan ke Bayan Lepas sangat
sesak pada waktu pagi, tengahari, petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah
pandai merancang perjalanan.
No comments:
Post a Comment