Bukit Bendera merupakan
sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang,
negara Malaysia.
Negeri Pulau Pinang terletak
diantara negeri Kedah dengan
negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian
lapan ratus tiga puluh meter di atas George
Town, puncak Bukit
Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu
yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima
darjah Celsius lebih
dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan
yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang
laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan
penginapan, sebuah kuil Hindu,
seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang
sebenarnya digelar Bukit
Strawberi (Strawberry
Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan
suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai
kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama
rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia
tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.
BUKIT BENDERA MENJADI SATU DI ANTARA DESTINASI PELANCONGAN DI PULAU PINANG.
No comments:
Post a Comment