Menara KOMTAR (Kompleks
Tun Abdul Razak) terletak di George
Town, Pulau Pinang.
Menara KOMTAR merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang,utara
semananjung dan ke-6 di Malaysia.
Bangunan ini berbentuk segi 12.
Bangunan yang menempatkan
ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65
tingkat kesemuanya.
Tarikh
peristiwa : 1.1.1974
Pada
hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak telah
merasmikan upacara Penanaman Cerucuk Asas Projek Pusat Perbadanan Bandaraya
Pulau Pinang ataupun KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) di Pulau Pinang.
Projek KOMTAR ini dicipta di bawah rancangan ‘Kawasan Pembangunan Menyeluruh’
sebagai sebuah projek untuk memperbaharui semula Bandaraya Georgetown.
Projek ini merupakan satu projek yang terbesar, menyeluruh dan bercantum.
Ini direka bentuk untuk menampung kehendak-kehendak di bidang sivik,
pentadbiran dan perdagangan di Bandaraya Georgetown. Projek KOMTAR ini terletak
di kawasan seluas 27.1 ekar (10.94 hektar). Ia dibahagikan kepada
beberapa peringkat untuk dimajukan bagi pihak kerajaan Negeri Pulau
Pinang. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Ini
adalah untuk menjaminkannya dilaksanakan secara licin serta mengurangkan
masalah kepada penduduk yang terlibat dalam projek ini. Projek KOMTAR ini
menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membeli-belah, pejabat-pejabat, pusat
penjaja, panggung wayang, tempat pertukaran bas, pejabat pos, balai bomba,
pusat perdagangan, tempat meletak kereta bertingkat, kawasan khas untuk orang
berjalan kaki, dewan serbaguna dan juga sebuah hotel antarabangsa.
Apabila siap, bangunan KOMTAR ini diharap dapat mengubah wajah bandaraya Pulau
Pinang dari kesan penjajah. Ia diharap dapat mencerminkan keperibadian
Malaysia dan mencerminkan penduduk negara yang berbilang bangsa. Projek
ini menunjukkan sikap pandangan jauh kerajaan negeri untuk melakukan
pembaharuan yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh negeri Pulau Pinang bahkan
oleh negara. Dengan perasmian Penanaman Cerucuk Asas Projek Pusat
Bandaraya Pulau Pinang yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Haji Abdul
Razak pada hari ini dalam tahun 1974, wujudlah sebuah lagi mercu tanda yang
baru bagi negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment